Karnival Kerjaya, Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Dan 3K anjuran Unit
Hal Ehwal Murid (En Deraman bin Abdullah PK HEM) yang dikelolakan oleh Unit
Bimbingan Dan Kaunseling telah diadakan pada 15 April 2015. Pameran tersebut berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 3.00
petang mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar-pelajar SMKRP dan juga sekolah di daerah Klang berhampiran. Disamping itu juga,
pelajar lepasan sekolah turut hadir untuk mendapatkan info kerjaya dan
memeriahkan program.
Pameran diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang peluang kerjaya yang ada dalam pasaran pekerjaan pada masa sekarang. Selain itu juga, pemeran diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahaya dadah dan keselamatan diri. Antara agensi yang terlibat semasa pameran diadakan ialah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, PDRM IPD Klang Utara cawangan Trafik Dan Narkotik, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan kolej yang turut serta dalam pameran antaranya MSU, ATC, ALC & I-system. Selain itu, aktiviti yang menarik minat pelajar ialah permainan PPDa iaitu permainan anti DARIH, pameran kereta klasik mini cooper dan hadiah cabutan bertuah.

No comments:
Post a Comment